Dia yang disana
Oleh : SESAR
@sesar_killims
Go to my TWITTEROleh : SESAR
@sesar_killims
Dia yang disana..
Akhir ini terus jadi bisu
Seakan melarikan diri dari aku
Aku jadi gelisah memikir
Bagaimana harus ku pujukmu?
Dia yang disana..
Awal dulu telah ku beritahu
Segalanya tersurat pada takdir
Andai simpulan itu milik kita
Pasti jua kan bersatu dengan restu
Dan pasti ku tak menolak itu
Kiranya ia adalah terbaik buat ku..
Dia yang disana..
Bukan ku tak mengerti maksudmu
Cuma hanya kau fahami rasaku
Sulit untuk diutarakan
Apa yang terpendam diam
Bukan niat mempermainkan
Hingga buat kau patah hati
Atau mungkin jauh hati?
Bila awal tentang hati kau persoalkan
Dan jawapan yang kau mahu..
Mungkinkah kau kecewa??
Dia yang disana..
Sejak mula dulu diperkenalkan
Memang aku selalu menjaga
Agar bicara tiada mengundang duka
Hingga kadang aku jadi bukan aku..
Takut mahu bergurau denganmu
Memberi harapan palsu
Kerana kau terlalu baik buatku..
Dia yang disana..
Mana janji setia menjadi kawan?
Teman tapi mesra?
Pernah kita lafazkan bersama.
Tetap kawan selamanya..
Bila tiada jodoh tersurat untuk kita..
Dia yang disana..
Jangan tinggalkan aku
Dengan rasa bersalah pada mu..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar